ARTIKEL ' 25 SETIAP KELAS'
1.0 PENGENALAN
Sistem
Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan
dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa. Antara
fasa-fasa tersebut ialah Zaman Pramerdeka (sebelum 1957), Zaman Pasca Merdeka
(1957-1970), Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Zaman Dasar Pembangunan
Negara (1991-2000), dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
Dalam evolusi tersebut, terdapat banyak isu dan cabaran yang telah berlaku
dalam pendidikan di negara kita.
Dunia
pendidikan yang semakin maju menuju ke Wawasan 2020 kini semakin menghadapi
cabaran dan dugaan yang harus ditangani oleh guru sendiri. Antaranya adalah
infrstruktur sekolah yang kurang lengkap yang tidak seiring dengan keperluan
semasa. Selain itu, bilangan murid dalam sesuatu kelas yang terlalu ramai juga
memberikan impak kepada guru untuk mengawal, menjaga, serta mengawasi murid
agar tidak melanggar peraturan dan objektif pembelajaran tercapai mengikut
silibus pendidikan.
Tekanan
pada hari ini telah melangkaui sempadan pelbagai jenis bidang pekerjaan, dan tidak
lagi terhad kepada mereka yang bekerja di dalam organisasi-organisasi swasta semata-mata
tetapi juga melibatkan kakitangan-kakitangan awam seperti guru. Perkara 6 ini
dapat dibuktikan apabila pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan tahap tekanan yang
melanda guru di seluruh Malaysia akibat penambahan tugas yang melampau dan dasar
pendidikan yang kerap berubah (Utusan Malaysia, 2005).
Setelah
pihak NUTP sendiri yang mewakili majoriti guru di Malaysia telah menyatakan kebimbangan
mereka secara terbuka, maka perlu difahami bahawa tekanan ini akan menyebabkan guru berhadapan
dengan masalah yang besar. Tekanan boleh juga menyebabkan kekalutan dari segi
mental dan fizikal terhadap guru di
sekolah. Tekanan semakin bertambah apabila nisbah guru dan pelajar yang besar
apatah lagi jumlah guru tidak banyak berubah namun jumlah pelajar semakin
meningkat dari tahun ke tahun.
Menurut
statistik ringkas yang dikeluarkan oleh laman web Kementerian Pelajaran sehingga
30 Jun 2008, terdapat seramai 3,153,027 orang pelajar di sekolah rendah di seluruh
Malaysia manakala seramai 2,331,724 orang pelajar pula di sekolah menengah berbanding
dengan jumlah guru di sekolah rendah seramai 210,912 orang dan 159,016 orang
guru di sekolah menengah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nisbah antara guru dan pelajar sekolah di seluruh
Malaysia adalah terlampau tinggi. Isu ini dapat dibuktikan lagi dengan laporan
dari BERNAMA (2003), apabila Kementerian Pendidikan sendiri mengakui akan
masalah kekurangan guru yang serius di sekolah-sekolah rendah di seluruh
Malaysia. Contohnya di Selangor masih memerlukan seramai 24,846 guru, walaubagaimanapun hanya
terdapat 23,648 jawatan guru sahaja yang mampu diisi.
Isu yang
akan dikupas kini berkaitan dengan bilangan murid yang terlalu ramai dalam
sesebuah kelas. Oleh sebab itu, pihak Kementerian Pelajaran telah
menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk
meneliti isu ini yang dipetik dari laman sesawang beralamat http://www.bharian.com.my/bharian/articles/25setiapkelas/Article
.
2.0 ISU KEGURUAN
2.1 Bilangan
murid yang terlalu ramai adakah membebankan guru?
Isu ini
adalah antara permasalahan yang sering diperkatakan di mana-mana sekolah
samaada di Bandar mahupun di luar bandar. Bilangan murid yang melebihi
jangkauan pengawasan guru memberikan tekanan kepada guru untuk mengawal
disiplin kelas sebelum kelas bermula. Jika seorang mempunyai 60 minit masa
mengajar, terdapat 10 minit yang telah terbuang begitu sahaja akibat daripada
untuk mengawal keadaan kelas dan suasana murid yang kurang selesa kerana
kesesakan dalam kelas.
Bilangan
murid yang terlalu ramai juga menyukarkan guru untuk menyelaraskan tahap
kognitif murid-murid untuk memahamai pengajaran guru. Guru juga perlu lebih prihatin
supaya semua murid dapat faham tentang tajuk yang diajarkan. Adalah menjadi
sukar sekiranya seorang guru perlu menyediakan soalan ataupun isi pelajaran
yang berbeza-beza mengikut tahap kognitif murid. Impaknya, murid akan lebih
lambat untuk menghabiskan silibus seterus pengajaran guru pada tahun berkenan
tergantung dan tidak sempat belajar. Kesudahannya, terdapat murid cemerlang
yang tidak mendapat pendedahan ilmu yang sepatutnya.
2.2 Bilangan
guru
`Dalam
isu ini juga, pihak kementerian telah mengambil inisiatif untuk menambah
bilangan guru di sekolah-sekolah. Ini adalah kerana mengikut kajian di Amerika
seperti yang terdapat dalam keratin akhbar berkenaan telah memberikan jumlah ideal
untuk sebuah kelas adalah 25 orang sahaja. Jika terdapat 40 orang maka,
memerlukan 2 orang guru lagi untuk jumlah selebihnya tadi.
`Selain
penambahan bilangan guru, kementerian juga perlu memandang serius terhadap
anggaran kos jika bilangan guru bertambah. Bilangan murid yang terlalu ramai
sangat memberikan impak kepada guru kerana seorang guru perlu menyemak latihan
40 orang murid dalam satu kelas. Seandainya guru tersebut mengajar 3 kelas, ini
bermakna seorang guru perlu menyemak 120 buah buku dalam sehari.
3.0 PUNCA-PUNCA MASALAH
3.1 Lokasi
sekolah berdekatan dengan taman perumahan
Bilangan
enrolmen sesebuah sekolah adalah berdasarkan lokasi sekolah tersebut. Jika sekolah
ditempatkan di kawasan penduduk yang padat, maka akan ramailah anak-anak kecil
di kawasan berkenaan akan didaftarkan di sekolah yang berhampiran. Hal ini akan
menyumbangkan bilangan murid bertambah dan boleh mencecah hampir 40 orang dalam
satu kelas.
3.2 Bilangan
kelas sedikit
Bilangan
kelas yang sedikit dan tidak mencukupi memaksa untuk pihak pentadbir menggabungkan
dua kelas untuk menjadi satu sehingga dapat memenuhi keseluruhan kelas.
4.0 KESAN-KESAN MASALAH
Cooper
(1988), menegaskan semua jenis dan bentuk kerja merupakan sumber utama yang menyumbang
kepada bebanan tugas. Ini mungkin disebabkan kerja yang diberikan adalah tidak
sesuai ataupun terlampau banyak sehingga menimbulkan beban kepada pekerja terbabit.
Walaupun seseorang individu itu memang berbakat dan cekap di dalam menjalankan
tugasnya, dalam masa yang sama beban kerja yang
melampaui batas akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun dengan
mendadak akibat kepenatan fizikal dan mental yang boleh membawa kepada
penyakit-penyakit tertentu seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.
Menurut
Fletcher (1988) dipetik dari Azrul Hisham (2009 ), tekanan di tempat kerja
bukanlah suatu fenomena yang terpencil, sebaliknya ianya merupakan sesuatu yang
biasa berlaku. Ini kerana, semua pekerja yang sedang bekerja akan mengalami
tekanan kerja tidak kira di mana sahaja organisasi tempat mereka bekerja samada
di sektor awam mahupun swasta. Menurut DeFrank
dan Ivancevich (1998), serta Sparks dan Cooper (1999), terdapat beberapa aspek
dalam pekerjaan yang boleh menjurus ke arah tekanan. Aspek-aspek kerja itu sendiri
boleh menjadi tekanan kepada pekerja di mana ianya juga dipanggil sebagai bebanan
tugas.
Johnson,
Cooper, Cartwright, Donald, Taylor, Millet dan Cooper (2005) dalam Azrul Hisham
(2009), menyatakan bahawa jumlah tekanan yang dialami seseorang di tempat kerja
terhasil daripada perhubungan dengan faktor-faktor seperti jenis kerja,
kewujudan job stressor, jumlah sokongan yang diterima di tempat kerja dan di
rumah serta mekanisme-mekanisme yang digunakan mereka untuk menangani
tekanan.
Akibat
kekangan yang dihadapi, guru sudah pastinya mengalami tekanan serta tidak mampu untuk memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap tugas hakiki mereka yakni menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kegagalan untuk mengajar dengan berkesan akan
mengakibatkan pelajar juga gagal untuk memahami perkara-perkara yang telah
diajar. Perkara sebegini boleh membebankan pelajar yang sememangnya mahu
mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Di samping itu, tekanan juga boleh
menyebabkan tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah
kepada perlakuan-perlakuan yang negatif sebagai satu bentuk tindakbalas ke atas
tekanan yang dihadapi.
Guru
yang mengalami tekanan juga kemungkinan besar akan bertindak dengan cara yang
tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan
seperti itu boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang pendidik.
Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya
pada zaman yang mencabar ini. Tindakan yang tidak betul akan memungkinkan rekod
bersih mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan disiplin akan
dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.
Selain
masalah tekanan guru, masalah yang akan timbul juga akan terjadi kepada murid. Bilangan
murid yang ramai akan menyukarkan guru untuk menumpukan perhatian kepada
murid-murid yang lemah dan tidak dapat memahami tajuk pelajaran pada hari
berkenaan. Untuk lebih adil, guru akan meneruskan pembelajaran kerana terdapat
murid yang lebih pantas untuk memahami dan menjawab soalan yang diberi.
5.0 ETIKA KEGURUAN
Akauntabiliti
atau kebertanggungjawaban seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu
tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan
tanggungjawab terhadap sekolah,masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik,
guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan
kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran
yang berkesan
Merupakan
tatacara berkomunikasi secara lisan.Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut
norma-norma budaya yang ada dlm masyarakat setempat. Kesantunan berbahasa bagi
guru termasuklah: kata-kata jujur, ikhlas dan benar, Intonasi suara yang sesuai
dan mengelakkan menggunakan intonasi tinggi. Guru jua perlu memilih penggunaan
kata ganti nama diri serta sapaan yg tepat dan menghormati pihak yang mendengar.
Guru juga tidak membolot perbualan dan tidak mencelah percakapan orang lain
serta tidak mementingkan diri dan pandangan sendiri sahaja. Guru juga
menggunakan kata-kata tersirat dan tidak menyinggung perasaan murd.
Guru
perlu melayan semua murid sama rata tanpa diskriminasi, tetapi apabila bilangan
murid yang terlalu ramai sehingga 40 orang, adakah relevan untuk guru melayan
semua kerenah murid tersebut. Keperluan murid juga perlu diketahui oleh guru,
akibat bilangan yang terlalu ramai juga memberikan kesan
6.0 CARA PENYELESAIAN MASALAH
Pihak
Atasan Sekolah
Diharap
pihak atasan sekolah terutamanya pihak pengetua berusaha untuk mengubah etika
kepimpinan serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan bagi memastikan guru-guru
tidak berasa tersisih apabila pendapat dan cadangan mereka dapat diterima
dengan hati yang terbuka. Sebagai contohnya, memberi pujian dan penghargaan
kepada guru yang telah memberi khidmat yang cemerlang supaya motivasi mereka
akan terus meningkat dan dapat dijadikan sebagai contoh kepada guru-guru yang lain.
Mengadakan majlis-majlis ilmu ataupun bengkel
yang memfokuskan kepada tekanan dan cara pengurusannya samada dari perspektif
motivasi mahupun agama. Ianya dapat membantu memberikan maklumat serta latihan
yang berguna dalam mempersiapkan mental dan fizikal guru dalam menghadapi
cabarancabaran dunia pendidikan yang semakin kompleks sifatnya.
Berusaha
untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang ceria bagi semua kakitangan
samada pentadbiran, akademik mahupun sokongan untuk memastikan hubungan di
antara mereka sentiasa terjalin dengan erat. Komunikasi sesama kakitangan perlu
diwujudkan dalam erti kata sebenar bagi melangsungkan penyampaian maklumat yang
efektif. Dengan ini, setiap masalah yang melanda dapat dilangsaikan dalam
suasana kekeluargaan tanpa perlu berkonfrontasi sesama sendiri.
Menguatkuasakan
peraturan sekolah dengan tegas tanpa sebarang kompromi dalam usaha
mendisiplinkan pelajar yang bermasalah dan memberi pengajaran kepada mereka.
Ini penting kerana peraturan yang tidak dikuatkuasakan samalah seperti tidak
mempunyai peraturan sama sekali.
Guru-Guru
Perlu
memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan
aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta lakukan
secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh
gelak-ketawa. Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial
dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan
dan pendapat tentang sesuatu isu.
Memperbanyakkan
maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar
mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak
maklumat yang diperolehi maka lebih
mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya. Mengamalkan gaya hidup yang
sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan
pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan
keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang
negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.
Cadangan
Umum Bagi Pengurusan Tekanan Efektif
Dalam
menguruskan tekanan, terdapat beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh guru
dalam menyediakan diri mereka untuk menghadapi tekanan. Teknik-teknik ini ternyata
boleh membantu guru untuk menguruskan tekanan mereka di samping memberi kelebihan
dari segi pembinaan kekuatan mental dan fizikal mereka. Dalam kajian-kajian yang
telah dijalankan oleh para penyelidik di luar negara, mereka mengatakan bahawa teknik-teknik
yang disyorkan ini boleh menjadi jalan penyelesaian bagi menghindarkan diri
dari tekanan-tekanan yang tidak perlu.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat
dibuat di sini adalah bilangan murid dalam sesebuah kelas dapat membantu penguasaan
ilmu pengetahuan murid sekaligus dapat meningkatkan kefahaman kerana bilangan
lebih sedikit akan memberikan kelebihan kepada guru untuk mengawal kelas,
meningkatkan kefahaman murid dan fokus kepada setiap orang murid. Jika sebagai
guru dapat mendidik kesemua murid dengan baik, maka penghasilan (output) dari
pengajaran guru-guru ini akan membantu murid.
Oleh
itu, guru perlu menyediakan pengajaran yang bermutu dan berkualiti supaya dapat
melahirkan pelajar yang berpotensi dan menjadi modal insan yang berguna kepada
negara. Sekiranya guru mengambil sikap sambil lewa, ianya akan menyebabkan
pelajar mereka mengalami keciciran dan tidak dapat mengenalpasti potensi
masing-masing. Sekiranya perkara ini terjadi, maka masa depan pelajar akan
terjejas dan mereka tidak mampu untuk merubah nasib hidup mereka sedangkan
dengan pendidikan yang sempurna akan menyebabkan mereka mampu untuk mengubah
diri dan kehidupan mereka kea rah yang lebih baik.
Dalam
pada itu juga, guru juga perlu berinteraksi sesama guru untuk mengenalpasti
kelemahan-kelemahan dalam pengajaran. Dalam pada itu juga, mereka boleh
berkongsi idea, pendapat dan cadangan antara satu sama lain untuk mengatasi
masalah yang dihadapi. Perkara sebegini perlu dipupuk dan dilaksanakan supaya semua
murid dapat menikmati peluang untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam bilik
darjah.Selain itu, sebagai seorang guru kita perlu memastikan supaya tidak
berlakunya isu yang melibatkan gender dimana semua lapisan masyarakat perlu
diberi peluang untuk mendapat pendidikan yang sama. Dalam pada itu, pelajar
akan melalui pendidikan yang formal dengan kurikulum yang sama dalam sistem
pendidikan. Sekiranya pelajar tidak diberikan pendidikan yang sempurna oleh
guru, maka perkara ini menyebabkan mereka keciciran dan ketinggalan di dalam
arus pembangunan untuk menjadikan sebuah negara yang maju. Selain itu juga, ia
akan menimbulkan tanggapan atau perspektif yang salah terhadap gender yang
lain.
Kejayaan
seseorang murid dalam bidang akademik juga bergantung kepada keupayaan murid
dan gurunya menangani masalah dan cabaran yang dihadapi dalam sistem pendidikan
negara secara keseluruhannya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan
pihak sekolah dalam melaksanakan untuk menangani masalah-masalah dan isu semasa
agar generasi muda dapat menikmati pendidikan berkualiti di samping hidup dalam
suasan yang harmoni satu padu. Oleh itu, kita perlulah bersama-sama berusaha
dalam menangani setiap aspek tersebut supaya tunjuk ajar dan didikan yang
diberikan kepada mereka menjadi panduan untuk mewarisi kepimpinan negara kelak.
Dalam pada itu juga, mereka juga dapat menikmati pendidikan yang berkualiti di
samping hidup dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu.
No comments:
Post a Comment